Saturday, May 21, 2011

KEBAIKAN LAPAR,,KEBURUKKAN KENYANG

1. Allah melarang kita melampau dalam makanan.
Firman Allah SWT: "Dan makan serta minumlah, dan janganlah melampau. Sesungguhnya Dia tidak suka orang-orang yang melampau."(Surah Al-A'raf)
2. Hanya dua pertiga perut.
Nabi SAW bersabda: "Tidak ada bekas yang dipenuhi oleh manusia lebih teruk dari perutnya. Cukuplah manusia itu memakan beberapa suapan yang menegakkan tulang tulang sulbinya. Jika dia tetap nak jugak makan banyak maka satu pertiga perutnya untuk makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi dikosongkan."(Hadis Riwayat Tirmizi dan Abu Daud)
3. Lapar menyukarkan syaitan
Nabi SAW bersabda: 'Sesungguhnya syaitan lalu di dalam tubuh manusia seperti lalunya darah. Sempitkan laluan syaitan dengan lapar dan dahaga."(Hadis Riwayat Ibnu Abi Ad-Dunya)
4. Kenyang di dunia lapar di akhirat
Nabi SAW bersabda: "Maka sesungguhnya orang yang paling lama lapar pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak kenyang di dunia."(Hadis Riwayat Baihaqi dan At-Tirmizi )
5. Lapar adalah sunnah Nabi SAW
Abu Hurairah r.a berkata: "Nabi SAW dan ahli keluarganya tidak pernah kenyang selama tiga hari berturut dengan roti gandum sehinggalah Baginda meninggal dunia."(Hadis Riwayat Muslim)
6. Perut yang boroi tidak disukai Nabi SAW
Suatu hari Nabi SAW melihat kepada lelaki yang boroi perutnya. Maka Nabi SAW menunjukkan kearah perut lelaki itu dengan jarinya, seraya bersabda: "Kalaulah makanan-makanan ini (yang menyebabkan perut boroi) diberikan kepada orang yang memerlukan adalah lebih baik."(Hadis Riwayat Ahmad, Hakim dan Baihaqi)
7. Orang yang kuat makan tidak ada nilai disisi Allah.
Rasulullah SAW bersabda: "Maka didatangkan pada hari kiamat seorang yang besar, panjang, kuat makan dan kuat minum tetapi apabila ditimbang amalannya tidak ada sebesar nilai kepak nyamuk pun disisi Allah."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
8. Hukum-hukum makan
Makan ini ada beberapa hukum:
1. Wajib: makan yang mengelakkan kematian
2. Sunnah: Makan beberapa suap ketika lapar
3. Harus: makan dan minum sehingga dua pertiga perut
4. Makruh: Lebih dua pertiga dan tidak penuh perut
5. Haram: Makan sehingga penuh perut
9. Keburukan Kenyang
Abu Sulaiman ad-Darani telah berkata: "Sesiapa yang kenyang maka mendapat enam keburukan:
1. Kehilangan kemanisan bermunajat
2. Susah hendak menghafal mutiara ilmu
3. Kurang rasa kasihan pada manusia lain kerana menganggap orang lain pun semuanya kenyang
4. Malas hendak beribadah
5. Bertambah nafsu syahwat
6. Orang-orang beriman sentiasa duduk di masjid dan orang-orang yang kenyang duduk ditempat-tempat kotor dan maksiat
10. Lapar sedikit adalah ubat yang mujarab


Khalifah Ar-Rasyid menghimpun beberapa pakar perubatan dan mencari apakah ubat yang tidak ada kesan buruk langsung. Ada timbul beberapa jawapan seperti air suam, kurma dan sebagainya. Tetapi telah ditolak oleh seorang yang paling banyak ilmu dikalangan mereka dengan jawapan-jawapan yang bernas dan diterima oleh pakar yang lain. Maka yang lain pun bertanya kepadanya apakah jawapan yang sebenar. Maka dia menjawab: "Ubat yang tidak ada kesan buruk disisiku adalah janganlah engkau makan melainkan setelah benar-benar lapar dan selesai makan dalam keadaan engkau masih ingin makan lagi (iatu makan sedikit sahaja)."
Maksud lapar yang terpuji disini adalah yang adalah lapar sedikit yang tidak membawa penyakit.  Adapun lapar yang boleh membawa penyakit adalah dilarang.
JADI,,IKUTLAH MCMNA SHEIKH2 KITA YG DALAM GAMBAR TU,,KERANA ITTIBA MEREKA ITU PADA NABI S.A.W,,,KECUALI GAMBAR ANA,..HEHE 

No comments:

Post a Comment