Thursday, January 13, 2011

KELEBIHAN MENGAJI SECARA TALLAQI,,

 Bertalaqqi adalah jalan mengenal agama.

Guru kami berpesan bahawa sesungguhnya ilmu-ilmu fardhu 'ain tidak boleh sama sekali dipelajari semata-mata melalui pembacaan daripada kitab-kitab, internet atau membaca artikel tanpa berguru. Ini kerana kemungkinan kitab-kitab yang dibaca terdapat penipuan dan tokok tambah mengikut kemahuan hawa nafsu dan mungkin juga terdapat kesilapan percetakan. Selain itu mungkin dengan hanya membaca tanpa berguru dapat menyebabkan kefahaman sebenar yang ingin disampaikan oleh Ulama' salaf dan khalaf difahami secara salah oleh pembaca yang tidak berguru. Ini boleh menyebabkan pembaca temasuk dalam golongan-golongan seperti al-mujassimah dan al-musyabbihah.
Oleh itu, guru kami berpesan bahawa sesungguhnya cara mempelajari ilmu yang paling benar dan beradab ialah belajar secara talaqqi daripada guru yang bersanad.
Berkata al-hafiz Abu Bakar al-Khatib al-Baghdadi: " Tidak diambil ilmu melainkan daripada mulut para 'ulama"

Maka tidak dapat tidak, ilmu-ilmu fardhu 'ain ini mestilah diambil daripada 'ulama yang arif lagi thiqah dan 'ulama tersebut mengambilnya daripada 'ulama yang arif lagi thiqah dan begitulah seterusnya. Wallahu 'alam.INILAH KELEBIHAN TALAQI YG DIAMALKAN DI SELURUH PONDOK DI DUNIA YG MENGIKUT TRADISI PARA ULAMA DAHULU,,SEWAJARNYA IPTA/IPTS MENGIKUTI CONTOH INI,,BUAT SEDIKIT DEMI SEDIKIT PUN TIADA MENGAPA,,JANGANLAH PULA DICERCA PENGAJIAN TALAQI NI,,,ISH,ISH,ISH,,HORMATLAH ULAMA TRADISIONAL,,TANPA MEREKA,,MERANA KITA,,WALLAHUALLAM,,JAGALAH ADAB DGN YG LEBIH LAMA,,,

No comments:

Post a Comment