Wednesday, April 27, 2011

PENTINGNYA ILMU AGAMA


سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ وَاللَّهُ يُعْطِي وَلَنْ تَزَالَ هَذِهِ الْأُمَّةُ قَائِمَةً عَلَى أَمْرِ اللَّهِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ






Muawiyah berkhutbah, bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda, "Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan maka Allah faqihkan dia terhadap agama. Aku (Nabi s.a.w.) hanyalah menyampaikan sedang Allah yang memberi. Sebahagian dari umat ini akan tetap berpegang teguh pada agama Allah, tidak ada yang dapat mempengaruhinya sampai hari kiamat nanti."
-sahih, riwayat Bukhari (no 69)-

Ada tiga isi penting daripada hadis ini. Yang pertama adalah berkaitan dengan ilmu, dimana orang yang mendalami agama Allah akan selalu mendapat kebaikan. Imam Bukhari berpendapat bahawa mereka adalah para ulama hadis. Imam Ahmad pula berpendapat bahawa mereka adalah kelompok kaum mukminin yang menjalankan perintah Allah seperti para mujahid, ahli fiqh, ahli hadis, orang yang zuhud, orang yang mengamalkan amar makruf nahi munkar dan kebaikan yang lain.

Hadis ini menunjukkan bahawa agama Islam ini lebih utama daripada ilmu yang lain. Ini kerana dengan ilmu agama, manusia akan mengetahui hakikat kebenaran yang sebenar, seperti tujuan penciptaan mereka, pembezaan antara yang benar dan yang salah, dan banyak lagi.

Apabila manusia tersebut memahami hakikat kebenaran ini, maka mereka sentiasa mendapat kebaikan daripada Allah. Hidupnya lebih diberkati dan sentiasa mendapat keredhaan Tuhan Yang Maha Agung. Inilah antara sedikit sebanyak kepentingan ilmu agama yang dapat saya kongsi.

Isi kedua hadis ini adalah menerangkan bahawa Allah-lah yang memberi segala sesuatu kepada kita. Sememangnya Nabi s.a.w. yang menyebarkan ilmu Islam dan kebenaran dunia ini, tetapi hakikatnya, ilmu itu adalah daripada Allah Taala. Isi ketiga pula, Nabi s.a.w. menerangkan bahawa akan sentiasa ada segolongan/sekumpulan umat Islam yang akan tetap berpegang teguh dengan kebenaran, yakni agama Islam.

CARILAH ILMU,,KEMASKAN ILMU FARDHU AIN,,,BARU ADE ISI AMALAN KITE,,INSYALLAH,,TAPI KALAU DAH AMBIL BIDANG KEROHANIAN,,SAMBIL ITU BELAJAR AGAMA DGN TEKUN,,LAGI BAIK,,,LUARAN DAN DALAMAN KUAT,,INSYALLAH...

No comments:

Post a Comment