Melihatkan wajah yenie tiada siapa sangka dia bekas seorang lelaki, kerana kecantikannya yang amat menawan. Dia dikahwinkan dengan Joshua Beh Soo Kiang yang tidak kurang tampannya.
Para tetamu turut bangun memberi penghormatan kepada pasangan tersebut selepas mereka direstui oleh seorang paderi.
Namun di sebalik kemeriahan itu, perkahwinan itu sebenarnya tidak sah di sisi undang-undang negara ini.
Perkahwinan itu diadakan dalam suasana yang cukup mewah, seperti perkahwinan artis dari Hong Kong dengan dikawal pengawal peribadi yang lengkap berpakaian seragam.
Setiap tetamu diperiksa kad pengenalan terlebih dahulu bagi memastikan ia terdapat dalam senarai jemputan sebelum dibenarkan masuk ke dewan perkahwinan.
Majlis itu bukan sahaja mendapat liputan daripada media tempatan, bahkan media dari negara jiran, Singapura yang terkenal memperjuangkan hak untuk hidup sebagai pasangan `gay' dan `lesbian'.
Joshua seorang akauntan dari Ipoh, Perak kelihatan cukup segak dengan pakaian tuksedo dan dilaporkan telah melamar yenie sebanyak enam kali sejak tiga tahun lalu dan hanya diterima pada Ogos lalu.
yenie pemegang kelulusan kedoktoran bidang terapi khasiat, menjalankan perniagaan penjagaan kesihatan di Kuala Lumpur.
Pada sidang akhbar selepas perkahwinan itu, yenie memberitahu, nama asalnya ialah memet dan dia sedang memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengubah status jantinanya.
Beliau juga merancang untuk berpindah ke luar negara, jika perkahwinan mereka tidak mendapat pengiktirafan undang-undang di negara ini.
yenie yang berasal daripada sebuah keluarga yang kaya di sini, menjalani pembedahan menukarkan jantina dua tahun lepas, melalui tiga pembedahan.
Wednesday, July 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment