Wednesday, July 27, 2011

Selamat MEnunaikan Arti dan Makna Air Mata

Pernahkah saya menangis? Banyak kali dah syeikh, yang untuk kegembiraan pun ada, yang untuk kesedihan pun ada.. Jika menangis, apakah sebabnya? menangis ditinggalkan pasangan? menangis kegembiraan?humph.. apapun, menangis adalah fitrah bagi manusia tetapi dengan tangisan jua la ia mampu memberi sesuatu nilai yang tersendiri.. am i right? Wallahualam.

Allah yang menciptakan ketawa dan tangisan.. pasti ada hikmah disebalik kejadianNya..
Mata walaupun kecil, tapi ia tak pernah kering dengan air mata.. jika boleh dikepung tatkala kita semua manusia di muka bumi ini menangis, apa yang akan berlaku ek? banjir ke kita? melimpah takat mana la tu kan?

Menurut Ibnu Qayyum ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

*Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati, (eden la ni..haha)
*Menangis kerana takut (moga takut itu kepada Allah tentunya..)
*Menangis kerana cinta (sape nak jawab bab ni?)
*Menangis kerana gembira
*Menangis kerana menderita
*Menangis kerana sedih, hina dan lemah
*Menangis kerana untuk mendapatkan belas kasihan orang lain
*Menangis kerana mengikut-ikut orang lain menangis.. (pulak dah..layan citer Hindi kot ni..)
*Menangis kerana orang munafik yakni pura-pura je nangis..

Haa...ada juga tau tangisannya cuma biasa-biasa je, tetapi kan.. bisa memadamkan api neraka tu!!


Sabda Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W :"Tidaklah seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka..
Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Keterangan :
Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisiNya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Jadi, janganlah digelakkan org yg menangis.. nak kata gembengla ape la.. takkanla saje-saje kot nak nangis kan.. Apa-apa pun, pada yang tak pernah menangis or susah nak menangis, mulalah menangis wahai kawan-kawanku.. dengan tangisan, mungkin boleh ia melembutkan hati kita.. kalau keras or susah sangat tu.. paksa diri kita nangis walau macamana pun.. lagi-lagi kalau kita sedang berdoa, doalah dengan sepenuh hati kita.. merayu, menangis, meratap.. bukan pada sapa pun.. just pada Allah.. dah sememangnye kita manusia akan minta pada Allah je kan.. moga kita tak rasa malu untuk menyesali atas semua dosa-dosa kita kt Dia


-selamat menangis semua..-

No comments:

Post a Comment