Dalil Pertama
Hadith Qudsi riwayat Imam Bukhari dan Muslim: Rasululllah saw bersabda: Allah berfirman: Aku berada di sisi sangkaan hambaKu kepada Ku, dan Aku bersamanya jika ia ingat (dzikir) akan Ku, jika ia berziir sendirian, Aku akan ingat akan dia sendirian, jika ia berzikir dalam kumpulan maka Aku akan ingat padanya dalam kumpulan yang lebih baik dari mereka.
Berkata Imam Sayuti: Berzikir dalam kumpulan tidak dilakukan melainkan dengan secara kuat, dan Hadith itu membuktikan keharusannya.
Dalil Kedua
Riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah seterusnya sabda Rasulullah saw: Sesungguhnya Malaikat-malaikat mencari ahli zikir, jika mereka bertemu sekumpulan yang berzikir mengingati Allah mereka akan mengajak yang lain ikut bersama dan mengembangkan sayap mereka ke langit, dan apabila mereka, ahli berzikir bersurai, semua malaikat naik ke langit dan Allah bertanya (dan Dia lebih mengetahui akan hal mereka) Dari mana datangnya kamu? Malaikat menjawab: Kami datang dari sekumpulan hamba2mu di bumi yang bertasbih, bertakbir dan bertahlil. Allah berfirman: Adakah mereka dapat melihatKu? Malaikat menjawab: Tidak. Allah berfirman: Jikalau mereka dapat melihatKu? Malaikat menjawab: Akan lebih bersungguh2 pujian dan tasbih mereka....
Maka Allah berfirman: Saksikanlah bahawasanya Aku telah mengampuni mereka. Berkata seorang Malaikat: Si Fulan bukan dari kalangan mereka dia hanya datang untuk sesuatu hajat, Allah berfirman: Mereka kaum yang tidak merugikan teman mereka.
Hadith ini menujukkan kelebihan:
(a) Duduk berzikir beramai-ramai
(b) Bolehnya Zikir dilakukan secara jahar, jika tidak, maka tidak ada ertinya mereka duduk beramai-ramai dengan berzikir.
Dalil Ketiga
Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Imam Ahmad, Muslim, Turmuzi, An-Nasa'i daripada Muawiyah ra. Rasulullah saw menemui sekumpulan sahabat dan bertanya: Mengapa kamu semua berkumpul? Sahabat menjawab: Kami duduk berzikir mengingati Allah dan bertahmid bersukur atas petunjuk dan Hidayat Islam. Rasulullah saw kemudian bersabda: Apakah benar kamu duduk untuk berzikir sahaja? Sahabat menjawab: Sungguh kami tidak duduk berkumpul melainkan untuk berzikir: Rasulullah saw bersabda: Aku datang bukan untuk menyalahkan kamu, tetapi Jibril datang kepadaku membawa berita yang Allah swt menurunkan malaikat mengelilingi kamu.
Dalil Keempat
Riwayat Imam Ahmad dari Anas ra: Abdullah bin Rawahah apabila bertemu seorang sahabat Rasulullah saw, beliau akan berkata: Mari kita beriman dengan Tuhan kita selama satu jam. Dan suatu hari, seorang lelaki marah mengadu kepada Rasulullah saw. Lihatlah Ibnu Rawahah, dia hanya ingin beriman satu jam sahaja. Nabi bersabda: Allah merahmatinya, dia menyukai Majlis yang dikelilingi Malaikat.
Dalil kelima
Rasulullah saw bersabda: Tidak duduk sesuatu kaum berzikir kecuali dikelilingi malaikat, dan diliputi rahmat, dan diturunkan ketenangan, dan Allah mengingati sesiapa yang berada di dalam Majlis itu.
Berkata Rasulullah saw: Mereka itu adalah kumpulan daripada pecahan kabilah-kabilah, mereka berkumpul sambil berzikir pada Allah dan mereka menyebut dengan sebaik-baik perkataan seperti mereka memilih buah tamar yang baik.
Dalil keenam
Riwayat Hakim dan Baihaqi daripada Abi Saeed Al Khudri ra: Rasulullah saw bersabda: Perbanyakanlah zikir kepada Allah sehingga mereka berkata: Sesungguhnya dia gila.
Dalil ketujuh
Riwayat Tabrani: Ibnu Abbas berkata: Sabda Rasulullah saw: Berzikirlah sehingga orang-orang munafiq mengatakan: Mereka menunjuk-nunjuk.
Dalil Kedelapan
Riwayat Baihaqi daripada sebahagian sahabat: Aku berjalan bersama Rasulullah saw pada suatu malam, dan kami lalu dihadapan seorang lelaki di Masjid yang menguatkan suaranya. Maka aku berkata: Dia sedang menunjuk-nunjuk. Nabi menjawab: Tidak, tetapi dia sedang bermunajat kepada Allah.
Dalil Kesembilan
Diriwayatkan daripada Ibnu Jarir dan Thabrani daripada Abdurrahman Bin Sahl: Turun ayat ini kepada Rasulullah saw: "Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka" (Surah Al-Kahf ayat 28), ketika baginda berada di dalam rumahnya, dan kemudian beliau keluar dan bertemu sekumpulan yang berzkir dan langsung duduk bersama mereka dan bersabda: "Syukur kepada Allah yang menjadikan aku bersama mereka"
Dalil Kesepuluh
Riwayat Imam Bukhari dan Muslim bahawa ibnu Abbas berkata: Sesungguhnya meninggikan suara ketika berzikir dalam berkumpulan dicatatkan sebagaimana yang dilakukan di zaman Rasulullah saw.
Dalil Kesebelas
Imam Nawawi di dalam kitab Syarah Sohih Muslim: Digalakkan tinngi suara waktu berzikir dan Ibnu Hazam gemar melakukannya.
Dalil Keduabelas
Riwayat Imam Hakim daripada Umar: Rasulullah bersabda: Sesiapa yang memasuki ke dalam Majlis keramaian dan berucap, "Tiada Tuhan selain Alah, untuknya kerajaan ini dan segala pujian, menghidupkan dan mematikan, dan kebaikan di bawah kuasanya, dan Allah berkuasa melakukan ke atas setiap sesuatu". Allah akan menuliskan padanya ribuan pahala kebaikan.
Dalil Ketigabelas
Hadith daripada Umar yang disebut Imam Bukhari dalam kitabnya: bahawasanya Umar pernah bertakbir di dalam kubah di Mina, dan didengari orang-orang di Masid dan mereka mengikutinya, dan orang ramai bertakbir sehingga bergegar Mina.
Dalil Keempatbelas
Berkata Syeikh Abdul Haww Addahlawi: Berzikir dan bertilawah dengan lantang, dan berkumpul di dalam Majlis dan Masjid disyariatkan.
Dalil Kelimabelas
Dan telah thabit Rasulullah saw berzikir dan berdoa dengan suara yang kuat dalam banyak peristiwa. Di dalam Shohih ukhari tertulis: Apabila Sahabat sibuk mengorek lubang (jurang) dan mereka berasa lapar. Rasulullah saw melihat keadaan mereka dan bersabda: Ya Alah, tiada kehidupan melainkan kehidupan di Akhirat, maka ampunilah orang-orang Ansar dan Muhajirrin.
Dalil Keenambelas
Riwayat Abu Na'im di dalam kita (Hiyatil Auliya') daripada Ibnu Jabir berkata: Abu Muslim Al-Khaulani banyak menguatkan suara ketika bertakbir walaupun dengan kanak-kanak, beliau berkata: Berzikirlah sehingga orang Jahil mengatakan kamu semua dari kalangan orang gila.
Beberapa perkara yang disyariatkan secara Jahar
Disunnatkan bacaan kuat:
(a) Pada dua rakaat pertama pada Sholat Subuh, Maghrib dan Isya', walaupun seorang diri.
(b) Di sunnatkan membaca talbiah dengan kuat setelah menjatuhkan niat Haji atau Umrah.
(c) Disunnatkan bacaan azan dengan kuat
Kesimpulannya
Zikir Jahar itu bukanlah satu bid'ah dan bukanlah bermakna Allah swt tidak mendengar. Tetapi ia lebih kepada manfaat orang yang berzikir.
Antaranya:
a) Memahat hati dengan zikrullah tersebut, apabila diulangi berkali-kali.
b) Hati itu lebih keras dengan dosa sebagaimana Firman Allah Surah Al Baqarah - ayat 74
Ertinya: Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal diantara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar air mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh kebawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
Maka yang keras itu tak dapat dipecahkan, melainkan dengan pukulan yang kuat.
1) Zikir Jahar menghilangkan ngantuk dan kelalaian
2) Zikir Jahar mendatangkan kesegaran dan semangat
3) Zikir Jahar sangat baik untuk murid-murid permulaan dalan jalan menuju Allah.
Demikianlah kata-kata Ulama' Tasawuf/TarIQAT DIPETIK DARI USTAZ TENGKU MUHD FAUZI
(ADA DALILNYA ZIKIR JAHAR,,JANGAN MUDAH2 KATA ZIKIR JAHAR ITU GANGU SOLAT DAN LAIN2,,TAPI KALAU HATI DAH NAK MENYEBELAHI PAK WAHAB KONONNYA IKUT QURAN DAN HADIS SEBETULNYA,,APA BOLEH BUAT,,SYURGA YANG BESAR UNTUK MEREKA SAHAJA LA KOT,,ISH2 HORMATILAH ORANG YANG NAK ZIKIR KUAT,,NAK DIDIK NAFSU TU,,BESAR PERJUANGANNYA,,,ORANG BERZIKIR PULAK NAK DIKATAKAN BIDAH2,ORANG YANG TAK BERZIKIR ,,BAHKAN MEROKOK,MENGUMPAT,,TAK PE LA PULAK,,HEHE,,MUHASABAH DIRI,,,,,,,
No comments:
Post a Comment