GAMBAR SEBAHAGIAN ULAMA AWAL ABAD KE-14 HIJRAH HINGGA KE-15 HIJRAH & PENDAPAT MEREKA:
AL-SHAYKH ^ABDUL-BASIT AL-FAKHURI AL-SHAFI^I MUFTI WILAYAH BAYRUT (w. 1323 H). Beliau berkata dalam kitabnya al-Kifayah li-Dhawil-^Inayah (hlm. 13): "Dia bukanlah suatu jirim yang mengambil suatu kadar dari lapang. Oleh itu, tiada suatu tempat bagi-Nya. Dan Dia bukanlah suatu ^arad (iaitu suatu sifat yang mendatang) yang berdiri dengan jirim, Dia bukanlah di suatu arah dari pelbagai arah dan Dia tidak disifatkan dengan saiz besar dan tidak juga saiz kecil. Dan setiap apa yang tergambar di benak anda maka Allah bersalahan dengannya". Intaha. Beliau berkata dalam kitabnya al-Majalisus-Sunniyyah (hlm. 2) iaitu di pembukaan kitab tersebut: "Allah maha suci dari tempat dan masa". Intaha. Beliau berkata lagi dalam kitabnya al-Majalisus-Sunniyyah (dalam bentuk puisi) di halaman 119: "Tidak sayugia bagi Tuhan yang Maha Esa lagi al-Samad itu bertempat di suatu tempat sedangkan Dia-lah penciptanya. Bahkan, Tuhan-ku ada (azali) sedangkan tiada suatu arasy pun, tiada suatu malaikat pun dan tiada suatu langit pun. Tuhan Arasy telah mengadakan Arasy itu. Dan setiap sesuatu yang di suatu tempat maka dia sentiasa memerlukan tempat dan diliputi oleh batasnya". Intaha.
No comments:
Post a Comment