Adakah boleh berdoa dengan sebarang doa atau wirid-wirid atau hizib-hizib yang tidak warid dari Nabi s.a.w?...
Jawab: Adalah harus berdoa dengan sebarang doa atau wirid-wirid bacaan , misalnya bacaan selepas sembahyang sekalipun yang tidak pernah dibaca oleh Nabi s.a.w. Ya. Memang , pada asasnya , wirid-wirid atau doa-doa yang pernah dicontohkan oleh Nabi s.a.w adalah Afdhal atau utama dibaca berbanding dengan yang tidak pernah dibaca oleh Baginda s.a.w.
Ini kerana kaedah الأشيأ اباحة مالم يدل الدليل على التحريم
“Setiap perkara itu adalah harus dilakukan , selama-mana tiada larangan melakukannya”.
Lagipula terdapat hadis yang menjadi dalil kaedah tersebut:
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Thobarani dengan isnad yang Jayyid sebagaimana yang dinyatakan oleh al-hafidz al-Haitsami , dari Anas r.a : bahawa Rasulullah s.a.w telah melintas dihadapan seorang Arab Badawi yang sedang sembahyang yang berdoa didalam sembahyangnya dengan bacaan:
يا من لا تراه العيون , ولا تخالطه الظنون , و لا يصفه الواصفون , ولا تغيره الحوادت , و لا يخشى الدوآئر , يعلم مثاقيل الجبال , ومكاييل البحار , وعدد ما أظلم عليه الليل , وأشرف عليه النهار و ولا توارى منه سمآء سمآء, زلا أرض أرضا , ولا بحر فى قعره , ولا جبل ما فى وعره , اجعل خير عمرى آخره , وخير عملى خواتمه , وخير أيامى ألقاك فيه .
Ertinya: "Wahai Tuhan yang tidak boleh dilihat oleh mata, Tuhan yang tiada syak pada kewujudannya, Tuhan yang tiada dapat dirupa-rupakan, dan tiada dapat disifat-sifatkan , Tuhan yang tiada dapat di ubah-ubah oleh zaman, Tuhan yang tiada takut terkena bencana, Tuhan yang mengetahui berat timbangan gunung, Tuhan yang mengetahui sukatan air laut, Tuhan yang mengetahui titik-titik air hujan , Tuhan yang mengetahui bilangan daun-daun yang ada dipokok-pokok, Tuhan yang mengetahui bilangan malam apabila gelap-gelita, mengetahui bilangan siang apabila cahaya memancar. Tuhan yang tiada terlindung oleh dasar laut, Tuhan yang tiada terlindung oleh tempat-tempat sulit digunung-gunung , Ya Allah , mohonlah sebaik-baik umur bagi hambamu ini, pada kesudahannya, sebaik-baik hari hamba, iaitu hari mengadap Mu."
Apabila selesai Badawi tersebut , Rasulullah s.a.w telah memanggilnya dan menghadiahkan seketul emas yang telah dihadiahkan oleh orang sambil bersabda :
“وهبت لك آالذهب بحسن ثنآئك على الله عزوجل .
Daku berikan kamu emas ini , sebab baik pujian kamu kepada Allah azza wa jalla”.Berdasarkan hadis ini dapat di fahami:
1. Pengakuan Nabi s.a.w terhadap ain doa yang telah dibaca oleh arab badawi tersebut. Oleh itu adalah satu Sunnah taqririyyah , mengamalkan dan membaca ain doa tersebut.
2. Pengakuan Nabi s.a.w terhadap perbuatan berdoa dengan doa yang tidak pernah dibaca oleh Nabi s.a.w.
Oleh yang demikian : Adalah harus membaca atau mengamalkan sebarang doa atau wirid atau hizib-hizib Tarekat yang tidak di waridkan dari Nabi s.a.w, selagi ianya tidak bercanggah dengan akidah, syari'ah dan akhlak Islam. wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment