Imam al-Haddad pernah ditanya mengenai ubat bagi orang yang merasa berat untuk melakukan kebajikan dan cenderung mengikut hawa nafsu. Beliau menjawab:-
- Ketahuilah bahawa malas beribadah dan cenderung mengikut hawa nafsu ini disebabkan oleh 4 perkara. (1) kejahilan, cara mengatasinya ialah dengan menuntut ilmu yang bermanfaat; (2) lemah iman, cara mengatasinya ialah dengan bertafakkur mengenai kekuasaan Allah di langit dan bumi serta tekun beramal sholeh; (3) panjang angan-angan, cara mengatasinya ialah dengan ingatkan mati dan menyedari bahawa kematian dapat datang setiap saat; dan (4) makan sesuatu yang syubhat, cara mengatasinya ialah dengan bersikap warak dan sedikit makan.
No comments:
Post a Comment